Tuesday, September 11, 2007

Berbuka Puasa Bersama Adik-Adik Solehah

Salam Semua,

Program Rumah Solehah akan diadakan pada :-

Hari :- Sabtu
Tarikh :- 15 September 2007
Masa :- 11.00 pagi - Selesai Solat Terawih
Tempat :- Rumah Solehah 2

Program kali ini adalah PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA ADIK-ADIK serta penghuni di sana. Oleh yang demikian, maka semua volunteer perlu mendermakan sebanyak RM 10.00 seorang untuk kos makanan. Kita semua akan masak makanan untuk juadah berbuka puasa.

Sila 'konfemkan' kehadiran anda kepada saya sebelum khamis / 13 September 2007. Dan diharapkan sesiapa yg ingin menyertai program ini, hendaklah menelefon saya di talian 019-6146019.

Sekian, terima kasih.

p/s:- Mazita, awak jadi CHEF yer, pada hari tersebut mcm dulu tue. Hehhehehe.........

-zurina saifuddin- sukarelawan Yayasan Salam Malaysia

Sambutan Diambang Merdeka



Sunday, August 26, 2007

Sambutan diambang kemerdekaan ini dianjurkan dan dijayakan oleh sukarelawan Yayasan Salam Sendiri. Atucara yang dirancangkan agak simple, tetapi cukup meriangkan adik-adik Nur Salam termasuk lah para sukarelawan sekali. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan mewarna, nyayian lagu patriotic, kuiz serta permainan.
Banyak juga yang adik-adik kita ni tahu tentang erti kemerdekaan, seronok melihat telatah adik-adik ketika menjawab soalan dari Cikgu Fakri. Mereka juga begitu bersemangat ketika menyanyi.

Saat paling menyeronokkan sudah tentula ketika penyampaian hadiah. Memang kecoh dibuatnye dengan pelbagai ragam kanak-kanak.
Bergaul dengan adik-adik di Rumah Nur Salam memberikan banyak pengalaman baru saya kira untuk diri saya. Paling utama adalah tentang kesabaran dan keikhlasan. Kalau hati tidak benar-benar ikhlas, memang mudah untuk kita hilang sabar. Tetapi apabila memikirkan tentang cabaran dan dugaan yang adik-adik ini perlu tempuhi dalam usia yang sedemikan muda. Apalah sangat penat lelah kami yang tak seberapa pada hari itu.


Mengikut kata Abang Raja Azizan ( Pengurus operasi Pusat Jagaan Nur Salam), khidmat sukarela adalah dialu-alukan sepanjang masa. Oleh kerana jumlah staff di PJNS yang sedikit, para sukarela boleh membantu dalam banyak hal. Jadi pada sesiapa yang berminat, boleh saja menghubungi belia di talian 03-91721533. Anda mampu membawa perubahan.
Sehingga di lain kali.


cikgu fakri sedang beraksi

Thursday, April 12, 2007

Rumah Perantaraan Hospital Kuala Lumpur


Tenaga Sukarelawan Amat Diperlukan!!

Rumah Perantaraan Hospital Kuala Lumpur, disediakan oleh HKL untuk kegunaan ahli keluarga pesakit yang datang dari jauh dan tidak berkemampuan. Ahli keluarga pesakit yang menerima rawatan untuk tempoh lama tinggal di rumah tersebut sehingga pesakit dibenarkan pulang.

Rumah perantaraan ini sangat penting kepada para pesakit supaya pesakit yang menerima rawatan sentiasa dapat dijaga oleh keluarga masing-masing. Ini sekali gus dapat meringankan beban hospital HKL dan keluarga pesakit tersebut.

HKL telah menerima 24 unit rumah baru hasil sumbangan pelbagai pihak untuk dijadikan rumah perantaraan. Sehubungan itu mereka memerlukan sukarelawan untuk membersihkan rumah tersebut sebelum ia boleh digunakan. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:-

Tarikh/Hari: 15 April 2007 / Ahad
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Flat Desa Rejang
Tugas : Membersihkan Rumah (Rumah Baru)
Makanan dan minuman disediakan !



Sila hubungi Nal (012-6225517) atau Kak Bibi (012-3910567) untuk menyertai atau maklumat lanjut.

Nal Azri Nawawi
Projek Eksekutif
Yayasan Salam Malaysia

Bersama Adik Adik Solehah

Shida sedang terkedu menjawap soalan matematik tahun 4.

Oleh kerana subjek sains begitu memeningkan kepala, Ina dan Jali pura-pura sibuk melayan adik-adik

Jom kita join Shida, Ina dan rakan-akan sukarelawan yang lain untuk memberi tuition kepada adik-adik kita di Rumah Solehah. Marilah berkongsi ilmu disamping memberi semangat dan kasih sayang kepada mereka. Butiran lanjut seperti berikut:


Lokasi : Rumah Solehah, Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak.KL

Tarikh : 14 April 2007

Tempat berkumpul : Station LRT Bandar Tun Rajak

Waktu : 10pagi (nak datang awal pun tak pe, kita pegi sarapan dulu)

Aktiviti : Tuition dan bermesra dengan adik-adik.

Apa perlu dibawa : Tak ada apa-apa cuma hati yang iklas dan kena asah balik subjek- subjek sekolah rendah.

Keterangan Lanjut Hubungi Shida : 012-4751101
Jumpa anda disana.

Friday, March 16, 2007

Don’t know how to spend your weekend?

why not try one of these three programs happening this weekend:

1) A volunteer exposure program, visiting Pusat Kusta Negara, in Sungai Buloh.
- Saturday, 8am at Salam.
- Call Zakiah at 012-2634235 for more info.

2) Tuition at Rumah Solehah
- Saturday, 9.30am at Rumah Solehah, Cheras
- Call Shida at 012-4751101 for more info.

3) Network wiring works at Sek. Bunga Raya, Hulu Langat
- Saturday, 8.30am at Sek. Bukit Raya, Hulu Langat
- Call Arif at 019-3009614 for more info.

Volunteers are welcome to join us.