Tuesday, January 8, 2008

Back to School Rumah Nur Salam


Laporan persediaan ke sekolah

bersama Cikgu Fakhri

Selamat Tahun Baru & Salam Maal Hijrah. Alhamdullilah perjalanan program persediaan ke sekolah selama 2 jam di Rumah NurSalam pada 2 Januari 2008 adalah begitu baik sekali. Ingin saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam program ini meskipun ianya hanyalah sebuah program yang kecil.

Sebelum program ini diadakan, perbincangan mengenai pengisian telah diadakan semasa ‘Misi Bantuan Banjir’ di Temerloh, Pahang. Hampir separuh sukarelawan yang ada disana terlibat di dalam program tersebut termasuklah En.Ghani sendiri. Terima kasih diucapkan kepada anda semua. Sememangnya anda adalah insan hebat yang bergelar sukarelawan.Di dalam perbincangan tersebut, saya memperincikan dan meminta pandangan sukarelawan mengenai program ini. Berikut ialah intipati program persediaan ke sekolah ini.

Segmen 1

Aerofun

Segmen 2

Menanya soalan

Segmen 3

Info terkini Kementerian Pelajaran Malaysia dan Motivasi

Segmen 4

Tips - tips persediaan

Segmen 5

Kuiz pendidikan

Segmen 6

Pengukuhan dan pengayaan

Untuk makluman, program berjalan lewat sedikit dari perancangan dan di mulakan dengan bacaan Al – fatihah kepada ibu seorang kanak – kanak di sini yang di kebumikan pada pagi tersebut.Bagaimanapun respon dari kanak – kanak dan staf di sini sungguh baik sama sekali. Apa yang mengejutkan saya sendiri ialah masa yang saya peruntukkan iaitu selama 2 jam tidak cukup untuk program ini! Mungkin kerana persediaan yang baik dan hasil perkongsian dari para sukarelawan sendiri.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang menjayakan program ini meskipun ramai yang tidak dapat hadir kerana diadakan pada hari bekerja. Insyaalah saya akan cuba memberi peluang kepada para sukarelawan untuk menyertai program – program lain bersama saya memandangkan pada tahun ini kanak – kanak disana ramai yang akan menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR dan PMR.

Salam perjuangan sukarelawan,

FAKHRI BIN MOHD NOR

Senarai nama peserta yang menghadiri program tersebut.

No.

Nama

Tahun / Tingkatan

Muhammad Suhaimi

Tahun 1

Hafizah

Tahun 1

Mohd Shahreen

Tahun 3

Fatin Najwa

Tahun 3

Shahrizal

Tahun 3

Siti Nursusilawati

Tahun 3

Munir Darussalam

Tahun 4

Nadya Maresha Jasrul

Tahun 4

Azmi Ibrahim

Tahun 5

Nurhidayah Azhar

Tahun 5

Mohd. Shahrani

Tahun 6

Mohd Faizol

Tahun 6

Rubbi

Tahun 6

Muhammad Haswan Hafis

Tahun 6

Anuar Ibrahim

Tahun 6

Mohd Nizam

Tahun 6

Nurul Jannah Busra

Tingkatan 1

Siti Nurliani

Tingkatan 1

Noor Jannah

Tingkatan 1

Fauziah Faiszol

Tingkatan 1

Mohd Hamizan

Tingkatan 1

Ahmad Rizuan

Tingkatan 2

Ajmal Waled

Tingkatan 2

Fatimah

Tingkatan 3

Ayu

Tingkatan 3

Nur Najeaa Arif

Tingkatan 3

Awaludin Jalalus Shoti

Tingkatan 4

Rahmat Fazli

Tingkatan 4

Thursday, January 3, 2008

MISI BANJIR 2 & 3 DIBATALKAN

Pengumuman !

Misi Banjir 2 & 3 ke Pekan, Pahang dibatalkan atas sebab tertentu.
SALAM memohon maaf kepada semua sukarelawan yang mendaftarkan diri.

Pun begitu, SALAM akan menghantar bantuan
makanan dan kelengkapan persekolahan ke Pekan sedikit masa lagi.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Nal Azri di
03-79584021
nal@salam.org.my

Wednesday, January 2, 2008

MISI BANJIR 1 - TEMERLOH selesai dengan jayanya!

Pada 29 - 31 Disember 2007 lepas, misi bantuan banjir di Temerloh, Pahang telah selesai dengan jayanya. Seramai kira-kira 30 orang sukarelawan SALAM menyertai misi ini. 20 orang daripadanya dari Kuala Lumpur dan selebihnya dari Temerloh dan Kuantan.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah membersihkan Sekolah Agama al-Taqwa, Rumah Warga Emas di Kg. Bangau dan Sri Kerinau dan Perpustakaan Awam Temerloh. Selain itu, para sukarelawan juga turut mengagihkan bantuan makanan dan peralatan persekolahan kepada Rumah Anak-anak Yatim Darul Izzah dan keluarga-keluarga miskin di sekitar Temerloh.

SALAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sukarelawan, ADUN Temerloh, syarikat korporat dan individu yang menyumbangkan tenaga dan barangan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Temerloh. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka.

Misi seterusnya adalah pada 5 - 7 Januari 2008, di Pekan, Pahang!