Tuesday, September 11, 2007

Sambutan Diambang Merdeka



Sunday, August 26, 2007

Sambutan diambang kemerdekaan ini dianjurkan dan dijayakan oleh sukarelawan Yayasan Salam Sendiri. Atucara yang dirancangkan agak simple, tetapi cukup meriangkan adik-adik Nur Salam termasuk lah para sukarelawan sekali. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan mewarna, nyayian lagu patriotic, kuiz serta permainan.
Banyak juga yang adik-adik kita ni tahu tentang erti kemerdekaan, seronok melihat telatah adik-adik ketika menjawab soalan dari Cikgu Fakri. Mereka juga begitu bersemangat ketika menyanyi.

Saat paling menyeronokkan sudah tentula ketika penyampaian hadiah. Memang kecoh dibuatnye dengan pelbagai ragam kanak-kanak.
Bergaul dengan adik-adik di Rumah Nur Salam memberikan banyak pengalaman baru saya kira untuk diri saya. Paling utama adalah tentang kesabaran dan keikhlasan. Kalau hati tidak benar-benar ikhlas, memang mudah untuk kita hilang sabar. Tetapi apabila memikirkan tentang cabaran dan dugaan yang adik-adik ini perlu tempuhi dalam usia yang sedemikan muda. Apalah sangat penat lelah kami yang tak seberapa pada hari itu.


Mengikut kata Abang Raja Azizan ( Pengurus operasi Pusat Jagaan Nur Salam), khidmat sukarela adalah dialu-alukan sepanjang masa. Oleh kerana jumlah staff di PJNS yang sedikit, para sukarela boleh membantu dalam banyak hal. Jadi pada sesiapa yang berminat, boleh saja menghubungi belia di talian 03-91721533. Anda mampu membawa perubahan.
Sehingga di lain kali.


cikgu fakri sedang beraksi

No comments: