Seramai 30 orang sukarelawan telah menyertai Disaster Training Siri 01 pada 28 - 30 Mac lepas. Dalam latihan ini, para sukarelawan didedahkan dengan pemahaman asas dan mempersiapkan diri bersukarela semasa bencana. Antara topik yang telah dibincangkan adalah persiapan diri, keselamatan diri, asas komunikasi dan beberapa topik yang berkaitan.
Daripada maklumbalas yang diterima, para sukarelawan mengalu-alukan latihan sebegini dan ramai yang berpendapat latihan yang lebih lasak perlu dijalankan supaya mereka dapat membiasakan diri dengan situasi bencana sebenar.

SALAM sedang merancang untuk menjalankan Disaster Training Siri 02 yang akan mendedahkan sukarelawan kepada kemahiran-kemahiran tertentu untuk bersukarela semasa bencana. Latihan siri 02 ini, dijangkakan lebih lasak, 'menyeksakan' dan lebih 'real' dengan situasi bencana sebenar. Antara topik perbincangan yang dicadangkan adalah first aid, menyelamat dalam air, survival skill, pengurusan diri dan emosi serta ketahanan diri.
Tahniah dan syabas kepada semua sukarelawan yang berjaya mengharungi latihan asas ini!
Tahniah dan syabas kepada semua sukarelawan yang berjaya mengharungi latihan asas ini!
No comments:
Post a Comment