Tenaga Sukarelawan Amat Diperlukan!!
Rumah Perantaraan Hospital Kuala Lumpur, disediakan oleh HKL untuk kegunaan ahli keluarga pesakit yang datang dari jauh dan tidak berkemampuan. Ahli keluarga pesakit yang menerima rawatan untuk tempoh lama tinggal di rumah tersebut sehingga pesakit dibenarkan pulang.
Rumah perantaraan ini sangat penting kepada para pesakit supaya pesakit yang menerima rawatan sentiasa dapat dijaga oleh keluarga masing-masing. Ini sekali gus dapat meringankan beban hospital HKL dan keluarga pesakit tersebut.
HKL telah menerima 24 unit rumah baru hasil sumbangan pelbagai pihak untuk dijadikan rumah perantaraan. Sehubungan itu mereka memerlukan sukarelawan untuk membersihkan rumah tersebut sebelum ia boleh digunakan. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:-
Tarikh/Hari: 15 April 2007 / Ahad
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Flat Desa Rejang
Tugas : Membersihkan Rumah (Rumah Baru)
Makanan dan minuman disediakan !
Sila hubungi Nal (012-6225517) atau Kak Bibi (012-3910567) untuk menyertai atau maklumat lanjut.
Nal Azri Nawawi
Projek Eksekutif
Yayasan Salam Malaysia