Salam Semua,
Program Rumah Solehah akan diadakan pada :-
Hari :- Sabtu
Tarikh :- 15 September 2007
Masa :- 11.00 pagi - Selesai Solat Terawih
Tempat :- Rumah Solehah 2
Program kali ini adalah PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA ADIK-ADIK serta penghuni di sana. Oleh yang demikian, maka semua volunteer perlu mendermakan sebanyak RM 10.00 seorang untuk kos makanan. Kita semua akan masak makanan untuk juadah berbuka puasa.
Sila 'konfemkan' kehadiran anda kepada saya sebelum khamis / 13 September 2007. Dan diharapkan sesiapa yg ingin menyertai program ini, hendaklah menelefon saya di talian 019-6146019.
Sekian, terima kasih.
p/s:- Mazita, awak jadi CHEF yer, pada hari tersebut mcm dulu tue. Hehhehehe.........
-zurina saifuddin- sukarelawan Yayasan Salam Malaysia
Tuesday, September 11, 2007
Sambutan Diambang Merdeka
Sunday, August 26, 2007
Sambutan diambang kemerdekaan ini dianjurkan dan dijayakan oleh sukarelawan Yayasan Salam Sendiri. Atucara yang dirancangkan agak simple, tetapi cukup meriangkan adik-adik Nur Salam termasuk lah para sukarelawan sekali. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan mewarna, nyayian lagu patriotic, kuiz serta permainan.
Banyak juga yang adik-adik kita ni tahu tentang erti kemerdekaan, seronok melihat telatah adik-adik ketika menjawab soalan dari Cikgu Fakri. Mereka juga begitu bersemangat ketika menyanyi.
Mengikut kata Abang Raja Azizan ( Pengurus operasi Pusat Jagaan Nur Salam), khidmat sukarela adalah dialu-alukan sepanjang masa. Oleh kerana jumlah staff di PJNS yang sedikit, para sukarela boleh membantu dalam banyak hal. Jadi pada sesiapa yang berminat, boleh saja menghubungi belia di talian 03-91721533. Anda mampu membawa perubahan.
Sehingga di lain kali.

Saat paling menyeronokkan sudah tentula ketika penyampaian hadiah. Memang kecoh dibuatnye dengan pelbagai ragam kanak-kanak.
Bergaul dengan adik-adik di Rumah Nur Salam memberikan banyak pengalaman baru saya kira untuk diri saya. Paling utama adalah tentang kesabaran dan keikhlasan. Kalau hati tidak benar-benar ikhlas, memang mudah untuk kita hilang sabar. Tetapi apabila memikirkan tentang cabaran dan dugaan yang adik-adik ini perlu tempuhi dalam usia yang sedemikan muda. Apalah sangat penat lelah kami yang tak seberapa pada hari itu.
Bergaul dengan adik-adik di Rumah Nur Salam memberikan banyak pengalaman baru saya kira untuk diri saya. Paling utama adalah tentang kesabaran dan keikhlasan. Kalau hati tidak benar-benar ikhlas, memang mudah untuk kita hilang sabar. Tetapi apabila memikirkan tentang cabaran dan dugaan yang adik-adik ini perlu tempuhi dalam usia yang sedemikan muda. Apalah sangat penat lelah kami yang tak seberapa pada hari itu.
Mengikut kata Abang Raja Azizan ( Pengurus operasi Pusat Jagaan Nur Salam), khidmat sukarela adalah dialu-alukan sepanjang masa. Oleh kerana jumlah staff di PJNS yang sedikit, para sukarela boleh membantu dalam banyak hal. Jadi pada sesiapa yang berminat, boleh saja menghubungi belia di talian 03-91721533. Anda mampu membawa perubahan.
Sehingga di lain kali.
cikgu fakri sedang beraksi
Subscribe to:
Posts (Atom)