Thursday, April 10, 2008

CUCI KERETA UNTUK KEBAJIKAN

Sepanjang Sabtu dan Ahad dalam bulan April ini, sukarelawan SALAM menjalankan program mencuci kereta bagi menampung dana projek 'Santaian Minda' untuk anak-anak Rumah Syifa'.

Projek Santaian Minda diusahakan oleh para sukarelawan SALAM dengan diketuai oleh Sdri Alisah Kassim. Ia merupakan lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang dengan disertakan program motivasi untuk meningkatkan keyakinan diri dan menanam semangat kecemerlangan dikalangan anak-anak Rumah Syifa'. Projek ini akan berlangsung pada Mei 2008.

Rumah Syifa' yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur menempatkan anak-anak yatim dan saudara baru yang diusahakan oleh seorang ibu prihatin pada Februari 2006. Kini, ia menempatkan seramai 17 orang penghuni.

Semua pihak dijemput untuk menjayakan program ini dengan menghantar kereta untuk dicuci sambil menderma untuk projek tersebut. Datanglah beramai-ramai..... cuci kereta untuk kebajikan !!!!

Monday, March 31, 2008

Mempersiapkan Diri Untuk Bencana

Seramai 30 orang sukarelawan telah menyertai Disaster Training Siri 01 pada 28 - 30 Mac lepas. Dalam latihan ini, para sukarelawan didedahkan dengan pemahaman asas dan mempersiapkan diri bersukarela semasa bencana. Antara topik yang telah dibincangkan adalah persiapan diri, keselamatan diri, asas komunikasi dan beberapa topik yang berkaitan.

Daripada maklumbalas yang diterima, para sukarelawan mengalu-alukan latihan sebegini dan ramai yang berpendapat latihan yang lebih lasak perlu dijalankan supaya mereka dapat membiasakan diri dengan situasi bencana sebenar.

SALAM sedang merancang untuk menjalankan Disaster Training Siri 02 yang akan mendedahkan sukarelawan kepada kemahiran-kemahiran tertentu untuk bersukarela semasa bencana. Latihan siri 02 ini, dijangkakan lebih lasak, 'menyeksakan' dan lebih 'real' dengan situasi bencana sebenar. Antara topik perbincangan yang dicadangkan adalah first aid, menyelamat dalam air, survival skill, pengurusan diri dan emosi serta ketahanan diri.

Tahniah dan syabas kepada semua sukarelawan yang berjaya mengharungi latihan asas ini!

Thursday, March 20, 2008

KURSUS BERSUKARELA DI MAB


Program ini akan diadakan pada 12hb, April, 2008 (Sabtu) , jam 9.30 pagi hingga 1.00 tengahari, di Dewan MAB , Kompleks MAB, Jalan Tebing, Off Jalan Tun Sambanthan 4 (Brickfields), 50470 Kuala Lumpur.

“The objective of this program is to carry out voluntary work at MAB and give a hand to their clients/members, who are blind.”

Sesi program akan dijalankan dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan ‘English’.


Yuran penyertaan adalah RM 5.00 sahaja. Sila buat pembayaraan pada hari berkenaan.
Sila sahkan penyertaan anda selewat-lewatnya pada 7hb April 2008. Pendaftaran secara online, sila klik Program MAB

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Nooraini di SALAM atau email nooraini@salam.org.my

Aturacara Program

9.30 pagi Pendaftaraan para peserta

10.00 Sesi 1: Sesi Taklimat

Oleh: Puan Nooraini Khaironi, Eksekutif Kanan, SALAM

10.15 Sesi 2 : Sesi “ Ice-breaking”

Oleh: Encik Nal Azri Nawawi, Eksekutif SALAM

10.45 Rehat

11.00 Sesi 3: “Volunteering at MAB”

Oleh : Encik Godfrey G.S. Ooi, Timbalan Pengarah Eksekutif, MAB

Sesi lawatan.

12.30 Majlis Penutup dan Bersurai.

Helping Hand - a true story !

Pickup in the Rain


One night, at
11:30 PM, an older African American woman was standing on the side of an Alabama highway trying to endure a lashing rain storm. Her car had broken down and she desperately needed a ride. Soaking wet, she decided to flag down the next car. A young white man stopped to help her - generally unheard of in those conflict-filled 1960s. The man took her to safety, helped her get assistance and put her into a taxi cab. She seemed to be in a big hurry! She wrote down his address, thanked him and drove away.

Seven days went by and a knock came on the man's door. To his surprise, a giant console color TV was delivered to his home. A special note was attached. It read: "Thank you so much for assisting me on the highway the other night. The rain drenched not only my clothes but my spirits. Then you came along. Because of you, I was able to make it to my dying husband's bedside just before he passed away. God bless you for helping me and unselfishly serving others."

Lessons:

* Offer help to anyone who needs it

* Thank others for helping you.

* If you help someone. Someone will help you.

If everyone does just these, the whole world will live in happiness.

So volunteers, just continue with what you are doing - helping others!

Tuesday, January 8, 2008

Back to School Rumah Nur Salam


Laporan persediaan ke sekolah

bersama Cikgu Fakhri

Selamat Tahun Baru & Salam Maal Hijrah. Alhamdullilah perjalanan program persediaan ke sekolah selama 2 jam di Rumah NurSalam pada 2 Januari 2008 adalah begitu baik sekali. Ingin saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam program ini meskipun ianya hanyalah sebuah program yang kecil.

Sebelum program ini diadakan, perbincangan mengenai pengisian telah diadakan semasa ‘Misi Bantuan Banjir’ di Temerloh, Pahang. Hampir separuh sukarelawan yang ada disana terlibat di dalam program tersebut termasuklah En.Ghani sendiri. Terima kasih diucapkan kepada anda semua. Sememangnya anda adalah insan hebat yang bergelar sukarelawan.Di dalam perbincangan tersebut, saya memperincikan dan meminta pandangan sukarelawan mengenai program ini. Berikut ialah intipati program persediaan ke sekolah ini.

Segmen 1

Aerofun

Segmen 2

Menanya soalan

Segmen 3

Info terkini Kementerian Pelajaran Malaysia dan Motivasi

Segmen 4

Tips - tips persediaan

Segmen 5

Kuiz pendidikan

Segmen 6

Pengukuhan dan pengayaan

Untuk makluman, program berjalan lewat sedikit dari perancangan dan di mulakan dengan bacaan Al – fatihah kepada ibu seorang kanak – kanak di sini yang di kebumikan pada pagi tersebut.Bagaimanapun respon dari kanak – kanak dan staf di sini sungguh baik sama sekali. Apa yang mengejutkan saya sendiri ialah masa yang saya peruntukkan iaitu selama 2 jam tidak cukup untuk program ini! Mungkin kerana persediaan yang baik dan hasil perkongsian dari para sukarelawan sendiri.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang menjayakan program ini meskipun ramai yang tidak dapat hadir kerana diadakan pada hari bekerja. Insyaalah saya akan cuba memberi peluang kepada para sukarelawan untuk menyertai program – program lain bersama saya memandangkan pada tahun ini kanak – kanak disana ramai yang akan menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR dan PMR.

Salam perjuangan sukarelawan,

FAKHRI BIN MOHD NOR

Senarai nama peserta yang menghadiri program tersebut.

No.

Nama

Tahun / Tingkatan

Muhammad Suhaimi

Tahun 1

Hafizah

Tahun 1

Mohd Shahreen

Tahun 3

Fatin Najwa

Tahun 3

Shahrizal

Tahun 3

Siti Nursusilawati

Tahun 3

Munir Darussalam

Tahun 4

Nadya Maresha Jasrul

Tahun 4

Azmi Ibrahim

Tahun 5

Nurhidayah Azhar

Tahun 5

Mohd. Shahrani

Tahun 6

Mohd Faizol

Tahun 6

Rubbi

Tahun 6

Muhammad Haswan Hafis

Tahun 6

Anuar Ibrahim

Tahun 6

Mohd Nizam

Tahun 6

Nurul Jannah Busra

Tingkatan 1

Siti Nurliani

Tingkatan 1

Noor Jannah

Tingkatan 1

Fauziah Faiszol

Tingkatan 1

Mohd Hamizan

Tingkatan 1

Ahmad Rizuan

Tingkatan 2

Ajmal Waled

Tingkatan 2

Fatimah

Tingkatan 3

Ayu

Tingkatan 3

Nur Najeaa Arif

Tingkatan 3

Awaludin Jalalus Shoti

Tingkatan 4

Rahmat Fazli

Tingkatan 4